Mengurus Hidup – Ustazah Norhafizah Musa

Salam..

Cara menguruskan hidup adalah dengan mengurus hati untuk IKHLAS, seterusnya menguruskan perasaan, menguruskan fikiran.

Petanda ikhlas:

1. Bimbang dengan kemasyhuran

2. Dalam banyak hal, mengaku cuai dengan Allah. Merendah diri dalam munajat dan doa, ditakuti hadir rasa yg menyebabkan kita gagal di akhirat (ujub, riya’). Beristighfar lepas beramal, kerana Allah terima amalan org yang bertaqwa.

3. Amalan yang dilakukan secara sembunyi. Benar-benar rahsia, kita dan Allah je tahu, hatta suami pun tak tahu. Kadang ada amalan kita yang rahsia sekarang, tapi terbocor 20 tahun lagi. Tak perlu bagitahu apa yang kita dah bagi dan lakukan, walaupun orang pertikaikan amalan kita.

4. Jangan harapkan redha manusia, harapkan redha dari Allah semata. Kerana manusia itu sifatnya sentiasa berubah-ubah

5. Jadikan sayang, redha, benci, marah, hanya kerana Allah semata-mata.

6. Perjalanan yang jauh, lambat dapat hasil, penat ini tidak menjadikan kita berputus asa, malas ,komplain, sedih. Sebab kita tahu, segala penat lelah hatta sebiji zarah dihitung Allah. 

7. Gembira, suka, seronok dengan kehadiran rakan-rakan yang lebih hebat, kaya, berjaya, kerana mereka hadir membantu dan menguatkan kita. Kalau dalam hati ada kata rasa tak puas hati, dengki.. itu signal untuk kita perbaiki semula hati.

Mulakan perubahan dengan diri. Kita berubah dulu, dunia akan berubah. Ubah dunia dalaman, ubah cara berfikir.. fikirkan perkara yang baik, seronok, gembira, kejayaan diri dan kejayaan orang lain. 

Jika benar hendakkan perubahan, Allah akan bantu, Allah akan bukakan jalan dari arah yang kita tak sangka..

Have faith, and believe! 🙂

Advertisements
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s